Pages

Wednesday, 6 March 2013

A "PING"

Mesti best kan kalau kita ada somebody yang boleh share apa saja.. I mean, time kita terfikir of A, see nice thing or eat super marvelous food dan dan tu kita akan Whatspp / BBM / Gtalk with the person. Mulalah cerita pasal benda tu… And heavennya kalau dapat partner yang 2 X 5. I mean yang layan kita jugak.

I teringin nak buat macam tu dengan STM. We did few times tapi banyaknya start with STM sendiri. I ni sometimes think too much bila nak share apa-apa dengan dia. Fikir tu like “Dia tengah busy ke, tengah meeting ke.. or worse, tengah bad mood ke”. I am not sure how his friends layan dia tapi setakat ini, after few years I masih lagi ada simpan rasa thinking too much tu. Knowing his unexpected mood, lagilah….

Memang teringin sesangat nak share apa-apa dengan STM tu. I tahu I always got Si Cantik all the time, but the excitement is different. Still ada excitement tapi the level itu, tak reach to the maximum. Faham ke? Heheheheh…

Banyak benda I simpan untuk share dengan STM. Macam-macamlah… especially when I read peoples’ tweets. Pasal office pun ada jugak. Ada gambar best juga yang I simpan. Tapi tulah, dulu-dulu dia dah pernah warning kat I yang I must be very careful when select a topic to talk with him. Hmmm.. :-( Kalau salah cakap, habislah I. Can you imagine, even I nak ‘ping’ STM for morning greeting pun I fikir few times.. Too bad kan?

Sometimes, I nak share dengan BB, tapi this friend macam chipsmore pulak. I knew he always there for me, but things are different now.. Entahlah…

Refer to my previous post, I memang perlukan somebody.. lagilah dengan keadaan I yang seakan dipulaukan secara halus ini.  It is true Allah itu sentiasa ada disamping kita, but as a human being, I need someone else and I’m not perfect! Tipulah kalau ada orang boleh hidup tanpa kawan. I memanglah boleh so far sebab this 'lonely' situation telah berlaku for almost a year. Tapi, perasan benda ni tak akan lama.

You know, the best moment that can cheer up my mood for the whole day adalah bila I dapat ‘ping’ from STM or BB. Macam heaven sahaja!! Both are ‘something’ to my life..mana taknya, macam-macam big hal jadi to my life because of them. So memang effect from them lebih sikit.

Print scree from Twitter
Sangat betul!!

Tapikan, maybe benda ni akan change bila I have someone ‘special’ in my life. Maybe the feeling is different. Maybe the gatal feeling lebih to that person compared to them. Hahahahaah… Kita tak tahu kan?

STM, can you always be my bright sun, bright star and bright moon?
And for BB, I want you to be the brighter one :-)

(Note: Entry yang hapahapantah…. Anyway, mesti you'll pernah terdetik, adakah I ni memang ada hati dengan STM? Will let you know!!)



Menang dan Benar


Sejak hidup I ‘dimusnahkan’ oleh Diva, banyak benda yang mengubah hidup I. Yang paling ketara, tiada lagi honest smile from me. From the moment she won the situation, I always give a fake smile to people. Sorry and memang tak patut I buat macam tu, tapi apakan terdaya, I tiada option lain.

Perkara kedua, I mula pilih kawan. In office, only few people I can talk and laugh. Tu pun I masih kena very selective. Sebab mulut I ni sometimes, macam kena push “ON” button. Ada je benda yang I nak cerita. But, nasib baiklah, I start to control myself.

Perkara ketiga yang utamanya, I makin mendekatkan diri dengan Allah. I knew some people will take it as cliché. Mana taknya, dah terhantuk baru nak terngadah. Dah kena baru ingat Tuhan. Yes, I admit that but somehow we must take it as positive effect. Bila I start buat benda ni, jiwa tenang. Kepala tak pening, especially dengan people’s problem yang seperti no end.

Trust me. Ketenangan jiwa itu memang mudah dicari. I took a step to change sejak I baca tulisan Dr. MAZA yang ini. I love his writings sebab lebih open and mudah difahami especially untuk golongan professional macam I ni. As a professional, we want to read something ‘lighter’ especially when you write about Islam. Islam itu mudah and with this kind of writing, lagi senang nak memupuk keimanan and memimpin umat Islam di zaman ini. (Note:This is my personal opinion. I cakap sebab I sendiri yang mengalaminya)

I tahu Diva sekarang amat gembira sebab I macam dah tiada kawan. Semua orang beralih to her. Well, I tak kisah. Masa mula-mula jadi hal, my Mom selalu pesan, diam tu jalan terbaik sebab orang akan tak nampak anda bersalah. Yes, my Mom is right sebab Diva took this step. She never say anything masa isu kami bermula. I pulak the other way. Orang tanya, I jawab. I memang jenis outspoken. Berani kerana benar, kan? At that moment, I never think that in the end I got all the blame. (I will tell you in details about this later).

Takpelah… I selalu ingatkan diri sendiri. Kita tak perlu MENANG dan nampak BENAR di mata manusia kerana benda ini hanya sementara. Yang penting, kita perlu MENANG and BENAR di mata ALLAH. Itu yang hakiki. Apa yang berlaku, I took it as “kifarah” dosa I yang lampau. Kemungkinan masa I serviced my previous company, I ada buat silap pada staff di sana yang I sendiri tak perasan and orang itu mungkin kecil hati. Yelah, I left the company pun without any words. Just make it official by informing respective bosses je.

Apa-apapun, Alhamdulillah, I ada nampak the bright side. I mean, the KARMA is now happened.

Monday, 18 February 2013

Rindu dia


Tetiba saya merasa rindu yang melampau pada dia.
Haishh... I hate this feeling lah.. buat sesak fikiran sahaja..
Tu belum lagi nanti tetiba nangis pulak. 
Sebab memories tu akan berputar secara perlahan-lahan.
Kan ke bagus memori cip dalam otak saya ini ada butang on and off.
I read somewhere... kalau kita menangis mengenangkan sesuatu/seseorang, ianya terapi yang bagus.. sebab boleh hilang sekejap kesedihan itu.
Lepas tu emosi akan kembali pulih 
Harap-haraplah..

Sebenarnya, dalam masa yg sama, saya risau juga.
Sebab, antara saya dengan dia macam telah ada satu titik noktah (secara tidak langsung) yang telah dibuat oleh dia.
Yang sebenarnya saya pun tak berapa suka..
Tapi saya rasa macam terpaksa, sebab kalau saya tidak setuju, nanti keadaan akan jadi lebih buruk. Macam yang lepas-lepas.
Yang saya pun tak ingin perkara buruk berlaku.

Tapi, sekarang ni saya dah fikir bukan-bukan..
Adakah benar satu titik noktah itu membawa apa-apa maksud sebenarnya?
Dalam masa yang sama, saya berdoa juga. 
Berdoa dan berharap juga ini.
Agar tiada perkara buruk berlaku. 
Kerana, saya amat menyayangi, mengasihani dan merindui dia.
Sayang, kasih dan rindu yang amat.

Tapi apa-apapun, perasaan ini mana boleh melebihi rasa sayang, kasih dan rindu saya pada
1. Allah, Yang Maha Pencipta
2. Rasul Nya
3. Ibu Bapa saya.

Saya akur, semua benda ada keajaibannya yang tersendiri.
Kerana itu semua Allah yang tentukan.. Rahsia Allah. 
Semua perkara berlaku adalah atas kehendak-Nya

Kalau ikutkan hati saya, saya ingin hai hai bye bye dengan dia. 
Macam selalu. Tidak akan miss walau satu hari pun. 
Tapi apakan daya, saya ni kan perempuan. Yang tak berapa 'menarik' pula tu. 
Tapi saya tahu saya mempunyai hati yang baik, tulus, suci dan bersih. 
Saya yakin pasal hati saya ini kerana saya masih mempunya sahabat yang melihat kecantikan hati saya dari zahir saya ini.

Apa perlu saya buat?

Sambil menulis ini, saya juga berfikir..
Lama juga saya berfikir.. 
Sudah berhari-hari..
Setiap minit dan saat.
Juga sempat saya berfikir tatkala sedang bertafakur selepas menunaikan solat.

Dan ketika menulis ini ... 
Saya rasa saya dah mempunya jawapan.
Jawapan yang pasti.

Saya hanya perlu mengadu dan berserah pada Allah.
Insya Allah, saya akan bertemu jalan penyelesaiaannya.
Allah mengetahui setiap keperluan hamba-Nya.