Pages

Monday 18 February 2013

Rindu dia


Tetiba saya merasa rindu yang melampau pada dia.
Haishh... I hate this feeling lah.. buat sesak fikiran sahaja..
Tu belum lagi nanti tetiba nangis pulak. 
Sebab memories tu akan berputar secara perlahan-lahan.
Kan ke bagus memori cip dalam otak saya ini ada butang on and off.
I read somewhere... kalau kita menangis mengenangkan sesuatu/seseorang, ianya terapi yang bagus.. sebab boleh hilang sekejap kesedihan itu.
Lepas tu emosi akan kembali pulih 
Harap-haraplah..

Sebenarnya, dalam masa yg sama, saya risau juga.
Sebab, antara saya dengan dia macam telah ada satu titik noktah (secara tidak langsung) yang telah dibuat oleh dia.
Yang sebenarnya saya pun tak berapa suka..
Tapi saya rasa macam terpaksa, sebab kalau saya tidak setuju, nanti keadaan akan jadi lebih buruk. Macam yang lepas-lepas.
Yang saya pun tak ingin perkara buruk berlaku.

Tapi, sekarang ni saya dah fikir bukan-bukan..
Adakah benar satu titik noktah itu membawa apa-apa maksud sebenarnya?
Dalam masa yang sama, saya berdoa juga. 
Berdoa dan berharap juga ini.
Agar tiada perkara buruk berlaku. 
Kerana, saya amat menyayangi, mengasihani dan merindui dia.
Sayang, kasih dan rindu yang amat.

Tapi apa-apapun, perasaan ini mana boleh melebihi rasa sayang, kasih dan rindu saya pada
1. Allah, Yang Maha Pencipta
2. Rasul Nya
3. Ibu Bapa saya.

Saya akur, semua benda ada keajaibannya yang tersendiri.
Kerana itu semua Allah yang tentukan.. Rahsia Allah. 
Semua perkara berlaku adalah atas kehendak-Nya

Kalau ikutkan hati saya, saya ingin hai hai bye bye dengan dia. 
Macam selalu. Tidak akan miss walau satu hari pun. 
Tapi apakan daya, saya ni kan perempuan. Yang tak berapa 'menarik' pula tu. 
Tapi saya tahu saya mempunyai hati yang baik, tulus, suci dan bersih. 
Saya yakin pasal hati saya ini kerana saya masih mempunya sahabat yang melihat kecantikan hati saya dari zahir saya ini.

Apa perlu saya buat?

Sambil menulis ini, saya juga berfikir..
Lama juga saya berfikir.. 
Sudah berhari-hari..
Setiap minit dan saat.
Juga sempat saya berfikir tatkala sedang bertafakur selepas menunaikan solat.

Dan ketika menulis ini ... 
Saya rasa saya dah mempunya jawapan.
Jawapan yang pasti.

Saya hanya perlu mengadu dan berserah pada Allah.
Insya Allah, saya akan bertemu jalan penyelesaiaannya.
Allah mengetahui setiap keperluan hamba-Nya.