Pages

Friday 20 June 2014

I take this challenge!!


I will start this challenge as soon as possible. Chewahhh....ayat tak boleh blah!! But, kalau ikut dari gambar di atas, there was another style to perform your plank. Itulah yang I belajar with my personal trainer last time. Maybe sebab my size kot, they taught that different style. Hahhahaha.... Macam yang kat bawah ni..


I dah cuba yang second style ni (knee down) and ianya lebih mudah dari yang atas tu. Senak jugak lah kalau nak cuba yang first one tu. But, I need to try yang the first one tu juga later.

So, plan kengkonon nak buat soonest as possible and sambung ke Ramadhan and seterusnya. Dengan harapan, semoga I dapat flatkan sikit my tummy ini... Lagipun, after puasa (time Raya onwards) I dah plan banyak benda... kebanyakannya sebab nak meet strangers!! Mestilah nak comel sikit dari sekarang kan? 

By the way, for kebaikan and buat plank... you can minta Google tolong cari kan... 

Wish me luck :-P



MTA 2014

Qari from Spain
Majlis Tilawah Al-Quran (MTA) Peringkat Antarabangsa 2014.

This MTA memang tiap-tiap tahun buat kat Malaysia. 2 weeks before Ramadhan. And this time (second time to be honest), I really enjoy the event. I boleh tengok dari mula sampai habis. Sebelum ni memang I never bother to watch the program. Sanggup tukar channel lain. How sinful I am :-( right?

Alhamdulillah. I always believed people can change, no matter what. But, the niat memang kena bermula dari diri sendiri. Once you have decided to make a change in your life (even the small one), Insya Allah, pertolongan dari Allah akan tiba. Allah akan permudahkan segala-galanya.

Same thing masa I decided to pergi Umrah, memula memang tak ada pun perasaan ke arah itu. Takut sebenarnya sebab rasa diri ini banyak dosa. And I selalu imagine, sebab I banyak dosa, ntah-ntah nanti, kalau I pergi I tak nampak Ka'abah. Lagilah sedih... Or something bad happened to me masa kat sana... Oh my, betapa ceteknya akal fikiran ketika itu :-(

And it was a miracle bila keinginan nak perform Umrah makin kuat. And, my Mom pun izinkan I pergi with my Dad as my 'Mahram'. Macam magic je semua urusan jadi mudah (and yes, you also need to perform a lot of Doa too). So, my beautiful journey continues and Alhamdulillah, I dapat such a great experiences sepanjang berada di Tanah Suci (I will share about this later)


Tuesday 10 June 2014

Pucca # 21

My ears kena bertabah sungguh. Dapat office mate a.k.a room mate yang tak berapa hygiene dalam menjaga hidungnya. You mesti ingat this issue is so complicated. Tak sangat sebenarnya. Actually, this person tak suka hembus hingusnya. Perempuan pulak tu. 

Aduhaiii... when time dia sedang selsema, rela dia sedut dalam-dalam her hingus tu. I swear, I memang jarang gila nampak samada dia hembus / buang hingus tu dalam tissue or she go to ladies for that. Sanggup sedut lama-lama dalam-dalam. Maybe hingus dia adalah gold kot. (I know all of you can imagine macam mana kan??). Kalau budak-budak, I'm still okay, ni mak budak... 


Friday 6 June 2014

Slowly move on

(1) Blog post - Draft
Drafts dalam ni memang banyak...eh, tak lah banyak mana..dalam 10 macam tu kot. But I hate to review back, edit and post. Sebab check punya balik, semua tu story lama...history sudah and banyak yang sudah makan diri.. 

Sebab I nak move on - maka I dah delete semua!!

(2) Facebook - Search application
Semalam, I pi lah bukak option Search dalam FB thru my phone. Masya Allah, gila hebat I ni jadi stalker. Sebab, ada particular people I akan search for their names, just to know their latest activities. Malu pada diri sendiri. Jadi semalam, gigih I delete one by one Search line tu sampai sudah (and today, bila buka FB thru desktop, boleh clear history dengan hanya satu 'click'.. Cisss!!)

Sebab I nak move on - maka I dah delete semua and harap- harap perangai stalker I ni hanya tenggelam timbul je. Hahahahah..boleh macam tu!!


(3) Fitness Club
Ni tak tahulah boleh masuk ke tidak dalam category move on. I nak quit from be their membership. Reason being sebab I need to keep some money for one big thing that I will commit in future... Dahlah banyak bulan tak pergi. Rasa macam membazir pulak. Macam orang kaya sangat kan. Bila tengok IG / FB / Blog KZ tu, I rasa semua benda I can do at home. 

Haishhhh.... cemana ni?

(4) Mat Pening
I tengah pending decision to move on bila masuk bab Mat Pening ni.... I love / like his sister a lot. Dahlah banyak benda plan with his sister. Takpe, yang ni kita masuk dalam KIV list dulu.




Islam KTP # 4

I still watch this series... tapi kena tengok jugak waktu. Kalau balik awal, okaylah. Sebab it's on air dari pukul 5.00pm until 6.00pm, Isnin - Khamis. Adalah dulu sekejap, TV Al Hijrah buat 1/2 hour je..means sampai 5.30pm, sedih gue. Dahlah singkat pastu in between maaaaaaaasih nak masukkan iklan for their other tv programme/ show.

By the way, the plot masih banyak tak berubah. Si Dol (Tebe's father), kejap insaf, kejap tak. And lama dah tak nampak Tebe's mother. Neng kot namanya... Tak ingat.

Mamat and Karyo, still good friends. Memang sepadan mereka berdua tu. Kiranya saling melengkapi.

Madit, as usual..mulut..Masya Allah... ada sekali tu dia kena masuk penjara. Time dalam penjara insaf, pastu bila dah keluar, masih ada sikap tak elok tu.

And we (our family lah..sebab my parents pun suka tengok cerita ni) noticed, Abang Ali tu macam wali kot. Sebab banyak betul situasi menunjukkan dia ke arah itu. Wallahua'lam.

I hope you guys kalau ada masa, silalah tonton siri ini. Ketawa memang banyak lah sebab watak masing-masing but, still ada pengajaran, and sangat sinikal. I pun sometimes, kena 'panahan' juga.