Pages

Tuesday 31 December 2013

Goodbye 2013

Banyak benda happened to me sepanjang tahun 2013. Manis, pahit, kelat dan sebagainya..semua cukup and complete. In summary, I cried a lot than I laugh or smile

Diri sendiri – I tak jaga my health and my skin sangat. My weight macam yo-yo. Hahahahah…  Mana taknya, discipline for routine exercise / workout masih on and off. The ‘M’ besar sangat. Pasal my skin pulak, actually masih ditahap okay, tiadalah selicin bak telur dikupas and tiadalah pula umpama permukaan bulan. Cuma I need to find suitable supplement kot. Dah nak hujung-hujung tahun baru dapat supplement yang sesuai. Kerana I ni bukan kaki cerewet, so I cuma nak my skin sihat (tidak kusam) and I believed the glowing procedure must come from inside (ada ke??)

Through the year, my career naik turun jugaklah… it was not about my luck kat tempat kerja ni, tapi more to my relationship with co-workers here. Oh My… sangat menyeksa jiwa batin kerja di sini… and all this happened akan balik ke root cause – Diva Duck. I memang pelik apa masalah sebenar dia ni.. Always pretend to be innocent and victim all the time (Macamlah aku ni rampas laki dia). To be honest, sometimes I memang terniat nak doakan something really bad happened to her. Biar dia tak perlu datang kerja for long time and hope that bad incident sedarkan dia. But, benda-benda tak baik ni just terlintas dalam hati jelah. Dosa pun kan...

Oh ya, I also still continue tak bercakap with The Other Ducks. I cannot simply forgive them (and also the rest yang terbabit) walaupun dulu I ‘sibuk’ perjuangkan slogan “Forgive and Forget”. I know some of the Duck members sudahpun mendapat balasan cash karma but things don’t changed selagi Diva Duck tidak membuat any confession. But, I’m okay pun tak bercakap with The Ducks members. I masih okay with other colleague cuma I lebih berhati-hati jelah bila borak or discuss something with them. Only with Abewe and Putih I can throw my frustration about works.

My friendship with STM, I pun tak tahu nak cakap apa. Samada I yang terlebih ego or dia yang melampau melangit egonya. Things between us dah tak sama macam dulu lagi sebab one stupid incident yang he took it very serious. Benda remeh actually and he don’t have the right to scold me like hell. I sent raya wish pun dia tak balas so I pun malas nak fikir sangat. Biarkan masa berlalu and I hope hati dia sejuk juga one day. Sometimes I terfikir jugak, why until now, I never miss to mention his name in my doa (prayer). I try not to do it once, but I will feel guilty yang amat. I don’t know why tapi I rasa, maybe it’s back to my niat bila I decide to be his friend dulu. Niat I yang semata-mata kerana Allah and sebab tulah I yakin Allah telah tetapkan hati I to terus meminta yang baik untuk STM dariNya… and I never regret doing this.

Darling BB, as usual he will always be my sweet darling. Walaupun dia jauh beratus-ratus kilometer from me, but he is still one of the best person to make me calm bila I ada masalah. I can feel that both of us memang ada a very good chemistry dari dulu sebab itulah we can stay be friend (teman tapi mesra) for more than 6 years. Mueheheh… I respect his life, and he respects mine. I appreciate him more bila setiap kali dia datang sini, dia akan try to find time to meet me dari his other friend (Bangga tau!!). Sekejap pun jadilah for him to have a chat with me and for me pulak, that moment memang priceless (I rasa you all pun tahu how it feel when you spend time with you BFF, right?)

Si Cantik yang sentiasa be by my side…. I was so lucky having her in my life.

And do you still remember Nick? I pernah cerita about him dulu. Pening kepala I dengan dia ni. Sometimes, his feeling is unpredictable. We are good friend je actually (he was my ex colleague last time) but, at the same time, he insists (indirectly) me to be ‘more close’ to him. By the way, I noticed Nick ni memang still naïve in some adult/mature thinking. I bagi hint juga to him yang dia kena kenal I betul-betul kalau nak I be with him forever. Anyway, I tak nak he changed to something bad bila betul-betul I dengan dia nanti, main reason sebab his unpredictable feeling tulah to which I kadang-kaang rasa mamat ni psiko pun ada. Mana tahu he is a ‘big’ monster actually and I cannot imagine share my life with this kind of person. I ni dahlah suka imagine di luar jangkauan.

Other than that…  I still have few good news yang datang towards the end of year 2013. Like my Mum suddenly allowed my Lil Sis and I travel jauh dan lebih jauh, my boss at last give me a promotion (I supposed to get a promotion last year but kena KIV sebab Diva Duck juga) and last but not least and bagi I penutup peristiwa yang paling best untuk tahun ini bila I heard Pak Bogus is counting days to leave!!


Goodbye 2013 and Welcome darling 2014!! 

Tuesday 10 December 2013

Alone to defend truth...



Siapa pernah face the above situation? 
[Me]

Are you down? 
[Yes, of course. In the beginning]

And what happened now? 
[I'm okay to be alone, hanya kerana untuk berkata benar and to defend my truth and belief. Now sudah more than a year I dalam situation tu. Biarlah kebenaran itu hanya Allah sahaja yang tahu / nampak and bukan di mata manusia. Manusia ini memang cepat buta dengan kebenaran sebab tiada mata hati. Hanya mengharapkan mata zahir saja. Jadi, kalau dah terbiasa buta mata/ hati dengan kebenaran, memang susah nak ubah. Tapi, Allah tak pernah tutup peluang kita untuk berubah lebih-lebih lagi ke arah kebaikan]

Cerita dia bermula macam ni.... 
Actually, I also buta dengan kebenaran sehingga I put my own judgement to false statement but, Allah bagi kita akal untuk berfikir dan untuk pisahkan yang hak dan batil. Tak perlu terburu-buru pun but please jangan melampau-lampau sebab takut benda tu balik ke kita. 

Biar I cerita macam mana I boleh tersasar ke jalan kiri tu. Ceritanya macam ni. STM yang I kenal tu sudah bertepek macam-macam cerita yang tidak elok mengenai beliau. Kiranya, lebih elok kalau I put a big gap between us. Tapi Allah itu Maha Mengetahui and setiap perancangan dariNya mesti ada sesuatu. Entah macam mana I can get close to him, and dia pula dari seorang yang tinggi ego, ada masanya he can listen to my 2 cents advice. Walaupun banyak benda yang I tidak setuju dengan STM, but I just keep quiet. I twist it to something that he can easily accept. Untuk mengubah seseorang, bukan senang. Yang penting kita cuba dan berdoa and for sure Allah is always listening to us.

But, bukan semua orang suka dengan benda ni, especially Diva Duck. Sebagai seorang attention seeker (yang tegar), this is a big NO NO to her. Mana boleh somebody yang low profile (and tak cantik pulak tu - - -> Aku) can easily grabbed other people attention dari dia. She played a very good role here. She just keep quiet but at the same time, dia akan buat perangai yang so annoying. Rahsianya di sini - do something annoyed but remained silence and biar people talk about it. So, being an honest person, when The Other Ducks tanya what happened sampai Diva Duck jadi macam tu, I pun cerita jelah the truth tanpa ada apa-apa intention. Sebab tak nampak pun big reason to hide it. And STM pun cerita benda yang sama bila The Other Ducks asked him.

And langit cerah tak semestinya cerah selama-lamanya. My day pun tetiba jadi gelap. The Other Ducks tetiba (and konon-konon nak jadi hakim yang adil), got a chance to ask Diva Duck about 
few incidents (which STM and I also dah cerita earlier to them). Kiranya macam nak dengar dua-dua belah pihak. Ha... time ni barulah Diva Duck bersuara. I told you kan all the while she just diam je. Buat muka innocent and she played as a victim role dengan sangat berkesan. Diva Duck twisted the true story 360 degree. And apa lagi, The Other Ducks terperanjat. Bukan terperanjat sebab cerita tak sama..tapi terperanjat sebab aku ni sudah jahat sangat sebab burukkan Diva Duck si mangsa keadaan itu.  

Okay.. itu tak apa lagilah. And aku pun start kena pulau. But, knowing me, for surelah I tak duduk diam sahaja. I confront dengan Diva Duck. I asked her to tell me what actually happened masa The Other Ducks sibuk-sibuk nak jadi hakim. She told me yang dia jadi mangsa keadaan and dia buat begitu sebab aku dok sibuk dengan STM and left her behind. I remind her balik that I never left her any single day but she's the one yang menjauhkan diri plus moody dari awal sampai I pun tak tahu nak buat apa. She admitted my statement and I lega. Time tu I memang harap dia akan bagitau to The Other Ducks balik that dia salah earlier.

But, jangan harap lah ye. Diva Duck back to the same role. Orang makin menjauhkan diri dari I and pandang semacam (yang paling macam cilaka adalah bila I masuk je bilik, kalau umat kat situ tengah bercakap, dan dan tu diam). Bila benda ni jadi je,  I dah tahu yang Diva Duck never told anyone the mistake yang dia buat earlier. So kat sini, the truth memang slip under the carpet (but I hope it won't last forever)

And to make my situation worst, Jenab Duck pula sibuk-sibuk mula memainkan peranan. Sebagai 'ahli agama' and 'pakar motivasi' terkenal, she started posting madah bercili on her FB. Too bad I managed to print screen everything. Can U imagined she called me "lalat yang membusukkan bangkai"..kalau tak silap her full statement lebih kurang macam ni.. "jadilah garam yang memperelokkan daging dari lalat yang ..." But, I memang jelas ingat word "lalat" and "daging" and "bangkai" tu.

So, can you imagine macam mana I nak teruskan berkawan dengan mereka ini? The Other Ducks konon-konon nak menganalisa situasi but diaorg memburukkan keadaan lagi adalah. My reputation gone down. Jadi, jalan terbaik, I continue my journey alone. I choose to be alone >>> to the left side of the road.

Note: 
Diva - I memang letak Duck kat belakang dia.
The Other Ducks - Diva dan kengkawan. There will be Jenab, Joyah, Jayzee, Jem and Jambu
I grouped mereka-mereka ini sesama sebab dah sekepala sekawan kan.. So jadilah The Ducks. And semua ada Duck kat belakang.



Monday 9 December 2013

Hati kotor?



I saw my friend shared this post on her FB wall. This post memang sangat terkesan to me, And Yes, I agreed I memang ada 2-3 tanda-tanda seperti yang tertulis (kalau I tulis 'some' tanda-tanda, is it more than 3?). Sedih kan? Masya Allah. 

I tried so many ways to change. To change to become a better Muslimah from day to day. Susah sungguh and dah jadi macam satu cabaran yang sungguh hebat (Tak tipu). Kalau satu ketika waktu hati tu dah macam bersih sikit, then something happened.. Mulalah sikit sikit kotoran tu datang.

So, dalam banyak-banyak benda I buat to clean my hati, normally I will repeat to do this again and again without fail. Istighfar lah sebanyak mana yang I boleh sampai hati ini dah macam okay sikit.  (You should try!!)

Ada satu je lagi yang I masih culas nak buat. Read Al Quran secara consistently. My Mom memang bising pasal ni banyak kali. Memang tipulah kalau I cakap I tak de masa nak baca 
Al -Quran. Benda lain I boleh buat pulak.

Insya Allah, things will slowly change. I need to pray a lot for this! 


Friday 8 November 2013

Butang punya pasal


I know some of you ada main game ni. Memang best giler. I'm so addicted to this game bila mula-mula download (via Google Play). This game introduced by my Lil Sis. Sampai habis segala gadget kat rumah kami download. Phones, Ipads and Tab.  

So, bila dah addicted tu, memang tak boleh tinggal benda ni. I reached almost highest level kat each gadget (my phone, my Dad's Ipad and also my Mom's Tab). Owh..rasa indah sungguh dunia bila you can break the record better than others (Others tu, sapa-sapa yang main kat umah tu lah..hahahah!!)

Then, my phone suddenly jadi macam ni pulak. Tetiba je SD card status "Removed". Padan muka... pastu dia jadi cepat panas.. Sedihnya...  


Now, I tengah fikir nak tukar ke tidak phone baru. Dahlah umur phone ni baru genap 1 tahun bulan July lepas. Belum sampai umur matang lagi...  Duit tu satu bab (tak nak buat another hutang) and at the same time I love this phone so much. 

Bertabahlah wahai talipon.!! 






Wednesday 6 November 2013

Maal Hijrah 1435 wishlist

(back dated entry)

My wishlist for 1435 masih sama dengan yg lama ...tiada yang berubah walau sikit pun. Sebabnya I masih orang yang sama and masih di learning process.. so many things to improve and change. Moga Allah berikan kekuatan dan permudahkan segalanya.. Amin!

Salam Maal Hijrah semua... 

Friday 1 November 2013

Don't make me cursed your, darling!!

My prinsip senang saja – mind your own business. Kiranya, kalau takde siapa jentik, I tak akan mengamuk and start to ‘curse’ people dalam diam-diam. (Macam package bunyinya)

These people in the office ada je benda yang tak kena di mata mereka about me. I’ve been suffered because of them for more than a year. Ada few people yang I dah start bercakap (read: bila perlu) after I mendiamkan diri and tak bercampur gaul mesra setelah sekian lama, and itu pun cakap hanya pasal office sahaja. Ada few of them yang sepatah haram I masih belum and tak ingin nak start conversation pun. Well, so many bad things happened to me because of them and yes, they hurt me a lot. Susah nak lupakan dengan senang. Betul? 

So, these people, I admit, memang I telah cursed mereka-mereka ini dalam diam. Bukanlah cursed yang bukan-bukan pun. Cuma I punya curse simple aja like.. “Takpe, Allah ada. They will get the punishment later”. Kiranya, I akan sentiasa berdoa agar Allah berikan petunjuk dan kebenaran atas segala-galanya kerana dalam semua kes  I memang totally jadi mangsa keadaan.

And, memang betul doa orang yang dizalimi akan sentiasa dimakbulkan oleh Allah. Cepat dan lambat sahaja. In my case, memang ada few of them dah dapat balasan masing-masing. But I tak rasa pun they aware yang benda-benda tu terjadi as kifarah ke atas mereka. Sebabnya, they still repeat the same thing. Macam tak insaf-insaf pula LOL. I bukannnya minta mereka minta maaf dengan I pun (how I wish if this can really happen) cuma I need them to stop and start a new with me. 

I bukan perfect pun but benda-benda ni banyak open my eyes to see the real skin of people around me. Orang yang paling dekat dengan kita ni lah yang selalunya musuh dalam selimut. Mereka ni asalnya memang baik (Wallahua’lam) and I’ve no idea why they can easily changed. (Too bad, that I only realized this after 3 years of friendship). Well, sejahat-jahat I, I tak pernah terfikir nak buat pada orang lain apa yang mereka buat to me. Tak kesian ke kat orang yang kita buat tu? Or paling senang, kita seronok-seronok ni, tak perasan ke Allah is watching us all the time? And tidak takut kah balasan from Him later?

I need to learn Abewe’s principles when dealing with these kind of people. Yang I perasan and start to apply:
* Orang tanya A, I need to answer A je. Don’t give them B, C, D etc answer . A++ pun jangan.
* Think carefully before you talk and try to arrange your words nicely to avoid anyone put you in trouble in future
* When people ask you something especially on information, do it immediately. Don’t delay. Lantak mereka kalau mereka actually nak guna info tu later or tahun depan ke.
* Act smart but play dumb… (Hahahahah…)
* Amalkan dasar tutup pintu.

Tu jelah yang ingat. But most important thing, my sympathy level dah makin kurang kat mereka-mereka di sini. Bukan I tak dengar sometimes bad incidents happened to them, but I preferred to mendiamkan diri. Buat-buat bodoh and tak tahu. (Rasa macam pasif giler..). Walaupun dalam hati tu memang ada sympathy and memang nak menolong apa yang perlu, but this feeling has gone long time ago. 

p/s: If you read / heard anywhere pasal kuasa Doa.. yes, it is real and true!! Dan, sabar itu juga penting dalam setiap keadaan.  

Saturday 5 October 2013

Kordel's Charity Walk 2013

Past Event.. 

Event Date : 8 Sept 2013
Location : Padang Merbok, KL

As usual, benda ni my Lil Sis yang forwardkan to me. Nampak interesting so cepat-cepat kami register. 7km jalan-jalan. No running / jogging. Kena jalan steady je :-). And one day before the eveny, kami survey jalan nak ke sana (senang je rupanya...) sebab hari event tu, nak kena ada before 7am. 

Ni time before 7 a.m
(around 6.45 a.m kot)
Time dah nak start jalan-jalan

Benda dalam goodies bag :-) Best kan? 
By the way, Kordel's product yang kami dapat tu, I've to check balik 
with Kordel's Malaysia for it's Halal Certification before I consumed.
Sebabnya their capsule's source ada contained "Bovine"




Mana yang dapat for men tu, we passed to Dad

First time nampak benda ni - boleh bagi 'sweat' lebih time workout.
Just sapu je...katanya
Bahagian belakang kotak Sweet & Sweat

Sangat happy with this event. My Lil Sis and I larat event yang "Jalan-Jalan" je (Walkathon/Funthon). Untuk Marathon/Jogathon tu belum lagi nampaknya.. Mau semput after 500m. Need to loose weight more and kuatkan kaki dulu:-(.

Oh ya, they said this event akan ada lagi for next year. Do visit their website, okay?

p/s: I checked their FB page few days after this event. Muka kami ada masuk dalam gambar ramai-ramai tu. Boleh feeling glamour sikitlah :-)

Tuesday 1 October 2013

Walk of Hope 2013

Past event... 

Event Date:  29 Sept 2013
Location: Taman Wetland Putrajaya

I found this event forwarded by my Lil Sis from Mak Aji Esah and here, Setelah membuat perancangan rapi bersama Lil Sis and Si Cantik, kami sepakat untuk join. 4 Adults and 1 kid. T-Shirt dia comel. Nice pink colour. 

Pic snapped from 'dada' Si Cantik ;-)

We should take 5km walk instead of 3km. Jalan kejap sangat. Tak sampai 1 hour. Pagi tu before start walkathon, they provided us with very nice nasi lemak with ayam goreng berempah. The nasi and ayam were nice but my pack tiada sambal :-(. But it was okay to me sebab afraid sakit perut plak time berjalan.

After the event. kami singgah makan 'breakfast' kat Cyberjaya. Eloklah tu, time jalan dah more than 300 calories burnt earlier pastu add back same amount..Haishhh!!

The event is okaylah and very fun if you bring along your kids. Tak ramai participant pun and not sure why. The more the merrier, right.? Tapi takpe, hopefully the organiser mencapai matlamat.

Tuesday 3 September 2013

Pucca # 19

I want to meroyan..meroyan a lot... benda nak tulis adalah berlambak-lambak especially about dia. But, on the other side, aku ni tak muak-muak ke nak tulis pasal dia? Macamlah dia care sangat about you.

Betul juga...

But, kalau tulis pasal dia je yang buat aku slowly lupakan this friend... Dahlah lukakan hati aku memanjang and aku pulak tak pernah tahu whylah dia suka buat macam tu... especially ada satu ketika ni how dare he called me  "Samseng" for small issue je :'(

Check balik my notes... wah.. banyak gak isu-isu penting nak tulis ni pasal dia. Jadi slowly aku akan tulis jugak... boleh delete one by one my stupid event list tu.... 

Ni cara aku untuk move on.. I think so la..

Tuesday 13 August 2013

Adik Tee

1st day masa kena tangkap. Time 1130pm

2nd day. Time around 7.40am - masa I nak pi kerja
2nd day. Time around 7.40am - masa I nak pi kerja

2nd day. Time around 7.40am - masa I nak pi kerja
Cerita dia macam ni... Since pindah rumah baru few years ago, our house tak pernah dilawati oleh kaum kerabat Adik Tee ni. One day (2 months ago), my Mum cerita, masa dia tengah jemur kain kat porch kereta dia nampak seekor kaum Tee tetiba lalu, tapi colournya putih (maybe yang baru-baru lahir tu kot) sedang berlari-larian and my Mum sempat tutup our main door. So, kiranya dia tak dapat masuk.

Then, few days after that, masa I tengah solat kat hall, I macam nampak benda bergerak-gerak tapi at the same time dia macam teragak-agak nak lalu dekat sejadah tu. Pastu hilang and I pulak ingat lipas so, let it be. But, 2 - 3 hari lepas tu, pun masa I solat, tapi kali ni dalam bilik, confirm dah apa sebenarnya benda yang I nampak last time. Adik Tee rupanya. But colour coklat pula. I rasa Adik Tee yang sama yang my Mum nampak last time, maybe sebab now dia dah besar so dia pun dah bertukar warna.

So, the next day, my Mum asked my Dad untuk beli perangkap tikus. Kami tak mainlah cheese ni. Letak nugget terus. The best part, bukan mentah ya. My Mum siap masak (grill) kejap atas api supaya aromanya keluar sekali :-) . Perangkap ni my Mum letak kat dapur dekat dengan singki. Dan seperti yang dijangka, dalam pukul 1130pm macam tu, masuk perangkap jua Adik Tee ini. Haishh... kemain eksyen dia. Susah nak tangkap gambar dia. Lari sana sini dalam cage tu. I ni macam jakunlah sikit sebab ni first time jumpa depan-depan. 

So, the next day, pagi tu masa nak siap-siap pergi kerja, my Dad bawak letak kat luar. Time tu baru dia duduk diam. Pastu masa I nak tangkap gambar, dia macam pasrah aja.. By the way, I tak tipu. Adik Tee ni memang cute. I rasa macam nak picit aja. Pastu, bila I tengok dia, dia pun pandang straight kat mata I and dan dan I rasa macam kami ni connected pula... Hahahahaa...Gila!

Kami tak buat apa-apa pun dengan dia. My Dad lepaskan dia kat kawasan padang (tapi macam semak) yang dlm 100m kot dari kawasan rumah. My Dad cerita, dia siap pesan lagi dengan Adik Tee supaya kalau jumpa geng-geng dia yang lain, pi main jauh-jauh. Jangan datang housing area... Hehehehe... 


# OMV - BBR


B u B u R
B i B i R
B i e B e R 
(Hahahahha.. ni termasuk ke?)
B e B e R a p a

Note: Kereta ni dah lama gila abandoned kat that area. I pun dah lupa dia pernah dibawa oleh tuannya pi jalan-jalan or tidak.


# OMV - BLN


B u L a N
B e L o N
B o L i N / B o L e N 
(I know some of you mesti tau makna Bolin / Bolen)
B e L a N g a
B a L u N
B e L a a N

(Note: By the way, I memang pissed off juga dengan kereta ni sebab dia parked kat OKU's parking bay!!)

Monday 12 August 2013

Pucca # 18

Si Putih : Saya rasakan apa yang akak rasa ni ntah- ntah dah pernah dilalui orang Ms. X. Apa yang orang tu buat dia mana ada kisah kesan disebaliknya. Bagi dia, dia dah bagi dan lantaklah apa yang berlaku selepas itu. Pandai-pandailah nak handle.

Me : (terdiam sambil menelan air liur).

Kisah aku dan dia baru sangat. Kiranya masih fasa anak-anak baru nak bercakap.

Kisah Ms. X dan dia... dah matang sangat dan aku makin lama aku hormat Ms. X sebab dia dapat bertahan sehingga kini.  Dah lali. Aku pasti tangan Ms. X terikat untuk buat keputusan. 

Pucca # 17

Perkara itu pahit untuk ditelan

Owh… rupanya-rupanya beliau sendiri pernah kata yang aku ni seorang minah perasan. Maka dengan ini, tahulah bahawa apa yang dia lakukan selama ini hanya mengambil kesempatan ke atas kebaikan aku. Sebab dia tahu I will do anything for him. - For the sake of friend. No other intention.

So, he planned something untuk kepentingan dia, tanpa memikirkan risiko kepada diri aku sendiri.

Apa lagi yang tinggal pada aku sekarang?

Kesakitan..

Kepedihan…

Kepahitan…

Semuanya untuk aku telan seorang.


Takpelah… aku kena move on walau macam mana sekalipun. Yang penting, Allah itu Maha Adil dan doa orang yang dizalimi selalunya dimakbulkan… 

Update : Aku tak suka jatuh hukum secara terus, especially apa- apa yang melibatkan si dia. Maka perkara ini akan disiasat terlebih dahulu. Moga Allah permudahkan usaha aku ini. 

Pucca # 16

Kita okay?
(Sent almost 2 months ago) - No answer until today

Salam Eid Mubarak
Mohon maaf for everything
Bla..bla..bla... (Sent on 1st day of Raya) - No answer until today

Conclusion : Masih marah lagi... 

Happy Eid Mubarak 1434H

Salam Aidil Fitri ...
Mohon maaf jika ada salah dan silap...
To whoever you are di luar sana...
Samada I kenal you atau tidak...
Bermaafan itukan dituntut sesama Islam...




Thursday 1 August 2013

We are not perfect...

Ada dua isu yang masih panas or dah suam sekarang ni... satu, pasal sorang artis yang kahwin for second time kat Thailand tu. Another one pasal kanak-kanak yang meninggal sebab ibunya terlupa. For me, I pun tak nak komen panjang-panjang pasal ni... 

Kita ni cukup suka condemn orang tak bertempat. Diaorang yang kita kata tu semuanya sama macam kita, actually. Semua sujud pada Tuhan yg satu (Allah). Satu je kita perlu ingat... cuba kalau kita nak cakap (comment) tu beringat sikit. Tak pasal-pasal nanti kena balik kat diri sendiri, tak pun pada orang yang terdekat. Patutnya semua benda ni, kita ambil sebagai iktibar. 

Untuk kisah artis itu... I agreed dengan Makji (baca sini)

And for the poor baby girl, I agreed dengan Kak Diana (baca sini)


Oh My Vocab (# OMV )

Lama tak update blog. U know what, I ada baaaaaanyak benda nak tulis/ cerita kat sini, tapi masa pulak tiada. Ditambah dengan my health yang tak berapa mengizinkan plus tetiba boleh tension melampau kat tempat kerja sampai jatuh sakit...pergh... memang kombinasi yang amat bagus!! Poor Pucca :-(

Semalam, masa drive beli barang for buka puasa, tiba-tiba I teringat nak buat one short segment kat sini. Kita namakannya  "Oh My Vocab" atau short formnya OMV. In this segment, I akan letak random gambar plat number mana-mana kenderaan yang I jumpa on the road. And we will create our vocab base on the letters. Kalau ada 2 huruf, 2 perkataan. Kalau 3, 3 lah. Or with 2 atau 3 huruf tu, we also can create 1 word.

I selalu play this game with my nephews especially time dalam kereta. But we only played 1 word tu je .This game indirectly menambah your kid's vocab list (and also us). Cubalah..

Kalau nak take part, tulis saja your word (s) kat box "Comment". Nanti I will update.

Eh..eh...gempak aja kan...

Friday 28 June 2013

Please be nice to them...

Bila anda ada masalah, anda akan dapat tahu sapa yang akan tolong anda...sapa yang tidak..
Sapa yang sudi mendengar anda tidak kira waktu..sapa yang tidak...
Even the closest one belum tentu lagi akan menolong anda...

Hmmm.... I'm really in a big serabut right now. Ada lah juga terfikir nak pergi jumpa pakar psikitiari and ambil ubat anti depressant (betul ke ejaan ini?)
Mungkin my problem ini tidaklah teruk mana and maybe to some of you, benda kecil saja. Tapi, I took it serious sebab I never face this type of problem and I'm not sure why this thing happened to me. Jenuh I fikir banyak kali... but, still tiada jawapan yang pasti. (Hanya Allah Yang Mengetahui)

Anyway, apa yang I nak bagi tahu kat sini, sentiasalah menyokong orang terdekat anda ketika dia menghadapi masalah.
Hadapinya dengan tenang, walaupun benda tu benda yang sama berlaku. And anda pun dah jemu and muak mendengar.
Sebab, kalau anda mula turn off, dengan siapa lagi si 'bermasalah' ingin pergi mengadu?
Dia hanya inginkan perhatian.. tak rugi pun anda meluangkan masa mendengar dan memberi satu dua kata nasihat.

Like me, a closest person to me sudah mula tunjukkan tanda-tanda turn off.. 
Jadi rasa diri ini tidak berguna je... :-(

- Sometimes I wonder why I always be a nice person to semua orang bila mereka ada masalah, but bila come to my time, nobody care!! -

Friday 21 June 2013

Pucca # 15

Reason I nak sangat my doa (my hopes) been granted by Yang Maha Esa adalah kerana;
- I nak mereka belajar respect people. Don't simply judge people walaupun kita tahu dia ada buat something 'weird' yang bukan kebiasaan kita.
- Kuasa Tuhan itu super miracle. Things can happened dalam masa sesaat je(antara pejam dan celik)
- Doa orang yang dizalimi adalah salah satu doa yang dimakbulkan (in this case, memang I paling teruk dizalimi)
- If all plan in order, I can't imagined how they will react to me. Maybe lagi teruk kena pulau, but I dah mentally prepared. Sekarang ni pun dah memang dipulaukan, apalah sangat jika kena di masa akan datang. (Mungkin level of pulau tu tinggi sikitlah...)
- And if plan yang menakutkan itu jadi, I also cannot imagine how this person react to me pula. But I have my own plans for this. It will not harm anybody, lagi menjadikan kita lebih baik dari yang sebelumnya.

Apa-apapun, saya hanya pandai meminta... meminta..dan meminta without any fail. I memang berharap sepenuh nyawa plan ni semua menjadi. Tired facing this kind of situation and I juga mahu setiap yang bertanggungjawab mendapat balasan yang setimpal..

And I have my own reasons for this!

Thursday 20 June 2013

Pucca # 14

Saya perlukan dia sebab dia dah banyak sangat susahkan hidup saya...
Sebab dia, I have been through so many things...alone pula tu...
Sebab dia, saya jadi anti sosial...
Sebab dia, gelak tawa saya makin berkurangan....
Sebab dia, banyak benda saya terpaksa pendam sensorang....
Sebab dia, hidup saya jadi huru hara...
Sebab dia, waktu tidur saya pun tak menentu.... pukul 1 pagi, pukul 3 pagi and ada sekali tu boleh pukul 5 pagi.....
Sebab dia, saya upgrade my mobile internet capacity....
Sebab dia, saya kadang-kadang jadi kuat makan dan kadang-kadang jadi kurang and sampai langsung tiada selera makan...

Apa yang berlaku kat saya sekarang ni, semuanya sebab dialah.....!!!

Jadi, saya akan pastikan dia kembali dalam hidup saya walau dengan apa cara sekalipun.. for My Sweet Revenge!!

Tuesday 21 May 2013

Pucca # 13

I told you... "NO RICE! NO RICE! NO RICE"

A big NO to RICE. Once a week should be okay macam last time you did. Small portion as usual.

Ni mentang-mentang your Mom rajin buat nasi goreng atuk ala fasha sandha, wah kemain hang makan nasi memanjang. Siap tamak suruh letak ikan goreng banyak-banyak. Knowing your Mom, time dia happy she will cooks a lot.

And now padan muka bila timbang naik 3 kilos. Nak turun pulak memang susah.

Please do something about it!!

Friday 17 May 2013

Pucca # 12

Uwaaaa.. pagi tadi boleh tidur @ 3am. Ni semua salahkan si STM. Melayan dia borak using whatsapp punya pasal. Actually the borak stopped at 1.20am something when he start mentioned pasal someone yang memang I not-so- like. My tone dah lain and I am pretty sure he noticed that.

Tapikan...tapikan... apasal 20 minutes later he ping me back? And the borak continue more than an hour. Kul 3am, baru dapat tidur. Pity me. No such beauty sleeping dah..

Howlah I can layan him to that extent? Padahal I memang dah start berangin. And this is not first time. Oh my! I think my sabar level masih tinggi lagi rupanya..

Thursday 16 May 2013

Pucca # 11

Oh my.... macam mana ni.. I hate this feeling when I start rindu my kawan-kawan.

Sejak semalam, I dah start menyampah and geram jugalah dengan BB. Dia selalu makes me unattended. Peliknya, time his mobile data shut down, every day dia boleh pulak melayan kawan dia ni (gigih setiap hari sanggup bukak email), but bila his email can access from his mobile, dah start malas pulak dia). I hate you!

Sejak semalam juga, I start rindu dengan STM walaupun he has the menyampah perangai but lovely at the same time. Aduhai... I ni kena kahwin dengan dia kot? Boleh tatap dia setiap hari. Eh, chop! Wild dream sungguh!

*Slap forehead*

Tuesday 14 May 2013

The handsome guy

Ada sorang technician yang selalu datang my office to service our photostat machine. First time I saw him, I adalah terkesima sebab he really looks like below actor

Zo In-Sung / Jo In-Sung
The above actor I ter'google' masa te'rtengok' his 'wild' actions in A Frozen Flower. (Owh, I pun tak ingat macam mana I boleh tertengok this movie. Maybe I was in the middle of surfing something and this movie appeared as one of the search result). Last-last, I download from Internet to get full movie just to menatap this mamat face. Oh, my..he is so handsome :-)

Back to the technician story. Bila I nampak muka dia balik, jam tu jugak I teringat this actor.. Wah.. terjatuh cinta few minutes with him and jatuh cinta will be everytime he came to my office. Serious you..similar with Mr.Zo tu!! Oh ya, the technician is a Chinese and kalau dah muka macam korean actor ni, kira package handsome lah kan.. Anyway, this guy is so nice with me. If I was not around, the next time dia datang, dia mesti cakap "Last month, I datang, you takde!" 

And I pun flattered dengan terlebih-lebihnya !! Hahahahha...

(Note: The technician came to my office this morning. Handsome as usual. I think, next time I should show him this picture)



For the love one

Few days ago, it was STM's birthday. I actually, dah karang awal-awal my birthday wishes for him. And banyak kali juga actually I revised. Konon-konon I nak surprise him with my best wishes yang macam menyentuh perasaan tu. Hahhaha...

Well, tak jadi pun my plan ni. We were chatting about something late night before his birthday and it dragged me until the next day (after 12.00 am). I pun macam.."Ala, celah mana nak wish dia ni..." Our conversations time tu pulak quite serious and I pun dah start pening. Fikir punya fikir, so I decided to wish him esok pagi before I pergi kerja. Habis cerita.

Tengah-tengah borak tu, suddenly, STM said "Wish me happy birthday". (Wah..comelnya ayat dia time tu.. Hahahahah!!) 

My special edition for the longest birthday wishes for him:

To my dearie, STM.
Happy Birthday! 
May Allah always bless you with His never ending loves.

You know what, jika I ada 'kuasa' sekarang, I want to remove all your current pain, solve all your problem and easily granted your wishes.
Sebabnya, I teringin nak tengok you senyum and ketawa besar macam dulu.
You tau, I missed your happy face, your smile and your big laugh. 
Last time bila I jumpa you, I actually nak menangis tengok keadaan you.
How serabut you are. Nak tengok you senyum ikhlas pun susah!

By the way, I tau banyak benda yang you fikirkan sekarang, and I harap, semuanya akan segera selesai satu persatu. (Actually, I hope you also learned something from it too)
Apa-apa pun, terima kasih sebab you willing to share your burdens with me. 
I hope my 2 cents opinions can ease a little bit of it.
Boleh tenangkan hati you and make you comfortable.

Finally, I just want you to know, Insya Allah, I akan sentiasa berada di sisi you, walau dalam apa keadaan sekali pun.. and this is my promise!!
And your name always in my Doa.

Thank you sebab masih and sudi menjadi kawan I. 

I really miss you, my dear!!

(My tears dropped when I wrote this entry. Mana taknya, too many incident happened to me sejak I decided to get close with him. Sometimes, I pun get confused (until now), macam mana, I can make that decison. Apa-apa pun, Allah Maha Mengetahui dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Wallahua'lam)

Do not leave your drink unattended!!

Dulu-dulu, masa we still stayed in our old house, my Mom suka pasang kaset ceramah agama. I pun suka tumpang sekaki. Ustaz yang paling I suka dengar time tu adalah Ustaz Ismail Kamus. Masa nak pindah, time packing, rasanya beratus-ratus (kot) kaset yang my Mom ada.

And dulu-dulu pun I suka dengar ceramah agama and soal jawab agama di radio. Banyak benda baru yang I tahu. Beside having proper Islamic education in school, I also voluntarily cari sendiri knowledge itu, especially yang related to Islam. Not saying that I'm now a good Muslim, but I think we must try harder to be a good Muslim, without any excuses!

One of it, yang I masih ingat dan masih praktiskan sampai sekarang adalah "jangan sekali-kali membiarkan air minuman anda terdedah". Sebabnya, syaitan akan mengotori air tersebut dengan apa saja. Ada yang cakap with their urine.. errkk!!. Bila minuman itu dah dicemari, for sure benda tak elok akan jadi dalam diri kita. Tak elok itu, I rasa lebih kepada degil, malas, sentiasa was was, or yang paling senang, segala sifat mazmumah akan tertanam secara perlahan-lahan dalam diri anda. FYI, I believed this!!

So, I will cover my drink dengan apa cara sekalipun. Dengan tisu pun jadi.. Apa-apapun, kena creative sikitlah kalau nak buat cover tu asalkan it can covered your drink. But, I'm not doing this kalau tengah makan kat kedai (macam pelik sikit lah pulak nanti. Lagipun, time makan kat kedai, air yang kita order tu, for sure kita akan habiskan jam tu juga). So, I akan cover my drink kalau tengah buat kerja, tengok tv or during the seminar. 

(By the way, I suka imagine this devil akan buat terjunan papan anjal ke dalam minuman yang terdedah tu. Or, sometimes, I imagined them keluar masuk pool, like cartoon!!) 




Pakai penutup tupperware pun jadi

Iron Ladies

Gambar-gambar ni I ambil masa hantar my Lil Sis to Cyberjaya. She had to meet someone kat sana and sambil tunggu dia, I just look around. There was one big building in construction nearby her meeting place.

Mula-mula, nothing caught my attention. Then, suddenly I saw them. Lama juga I perhatikan dua orang ni, sambil meneka lelaki ke perempuan. Actually, agak susah juga nak directly recognised them at the first place. Rupa-rupanya perempuan. From body structure, I guess mereka ni berumur 40-an. 

Now, makin ramai wanita pun get involved in heavy works just like them, demi untuk sesuap nasi / rezeki yang halal. (Can I called this type of person as "Iron Lady"??). Cukup tak cukup pendapatan yang mereka dapat tu, I think it is not an issue, sebab I'm pretty sure they know how to budget each cent they received for the day/ week/month. Yang penting, rezeki itu halal. 

I know their employer won't asked them to do heavy tasks like their men colleague. Setakat kemas-kemas, susun barang, bersihkan sampah sarap, sapu pasir, tolong angkat light items using the kereta sorong, I know they can do it. Oh ya, ada juga few times I meet few of them working at tempat pembinaan jalan raya. Dahlah kawasan situ panas, but mereka ni, setia meneruskan kerjanya sehingga selesai. 

Semoga Allah melindungi mereka dari sebarang musibah. Amin!







Monday 13 May 2013

Sunday 12 May 2013

My health # 10

Today..
1 1/2 hour done.
Activity dibuat time tengah panas terik petang but nasib baik windy.
Anyway, I love my activity today .;-)




Note: Imagine kalau dapat around 20km per week, I bet you for sure I can simply lose around 2kg per week. Chaiyokk!!

Thursday 9 May 2013

GE # 13

Sana sini orang still sibuk discuss pasal recent General Election (GE). Memang ramai yang tak puas hati, especially me. I pun tak puas hati juga.. Tak puas hati sebab so many story keluar before GE, during GE and after GE. Phantom voters, missing boxes, buying vote (bribe), and yang paling kelakar, boleh blackout time nak kira undi...you just name it. Semua possibility of dirty trick was there. I rasa, sejak opposition party semakin kuat dan menyerlah, macam-macam hal jadi during the election and it is started since 2004. Before that takde pulak. 

Kat FB pula, dah naik menyampah dah baca. Ikutkan hati, nak je deactivate account. Some of my friends cuba jadi hero / heroin dengan bagi pendapat mereka sendiri. Are they really into politic's world? Are they the best person to analyse our political situation? I tahu diaorang ni pun bagi opinion berdasarkan opinion si A. Dan si A ni pun bagi opinion atas si B or C punya opinion. Kan ke itu semua kerja bodoh? Tak salah actually nak bagi opinion tu, tapi cari / baca / dengarlah opinion dari penganalisa politik bebas. Yang independent. Mereka ini lebih telus dan adil. Trust me!!

FB nowadays bukan tempat yang happy lagi. Dah macam sampah dah I tengok. Kutuk sana kutuk sini. Tapi satu jelah yang I perasan. My friend yang duk gebang sana sini, kutuk (include caci maki) bagai nak rak the opposition mostly yang pro government. Yang pro opposition, tak delah teruk sangat. Jauh beza sungguh.

And lastly, pasal racist. Oh my..apa lah nak jadi now :-( Apa-apa pun, I pray semoga semua kembali aman. Bumi dah makin tua..Tanda akhir zaman dah makin ketara. 

Akhir kalam... "Kalau mata dah buta untuk melihat kebenaran, sekurang2nya biarlah hati itu celik mentafsir keadaan." (copy from my friend's FB)

Sunday 5 May 2013

05.05.13 - GE # 13

Harap semuanya berjalan dengan lancar and cepat berakhir. This time so many 'dirty' things has been revealed. Bila bab agama pun dah mula dipermainkan, I think it is too much. Zero respect!!

To new voters, I hope thay can vote wisely. We knew in 2008, ramai yang daftar last minute tapi tak dapat nak undi. This time, I wish them luck!

Here are some of the pictures yang I managed to catch. Meriah sungguh. Almaklumlah, 5 tahun sekali je. Ada juga lalu kawasan 'panas', tapi tak sempat nak tangkap kemeriahan perang poster at that area sebab I'm driving :'(

Note: Banyak 'biru' sebab itu je yang paling banyak dan yang sempat ditangkap. Try to find the 'hijau' but tiada pula.











Bukti I dah mengundi :-)