Pages

Friday 30 November 2012

Peberer 4ever # 2

Bila pergi Starbucks, I'll order this. 

Frappucino Green Tea with Creme
Asalnya terpengaruh bila baca blog Peeja. Her sister, Noy loves this drink. 1st time cuba, memang ohsem. Pastu now dah ketagih. But, bukan ketagih yang kronik, kerana ongkosnya pun perlu dikira, dong! Cuma, most of the time kalau singgah, mesti order ini.  

Thursday 29 November 2012

My health # 1

Today I'm having my lunch with Abewe and STM.  Kalau makan dengan mereka ni, favourite topics selalunya pasal kolesterol, food calories and exercise. Menyampah I tau. I taulah I ni bukan spesis cikeding (read: gebu), but memang boleh buat I tercekik and sentap tau bila tengah menyuap. And they knew kalau bab-bab ni I memang akan sampuk sikit-sikit aja (Mana taknya, dalam hati...Uwaaaaaa!!!)

Then, bila balik rumah terus insaf nak exerciselah bagai. Azam kelangit. Hahahha..

Today, I dah mula berjalan balik. Actually, bulan lepas memang dah mula rajin slow walk for few km jugak dekat taman tasik nearby my house. Pastu macam mana ntah, terstop kejap pastu terus jadi termalas. Oh ya, stop sebab pasal cuaca. Kat sini bila petang je hujan, tu yang menjadi semakin malas. 

Start with slow walk dulu. Nak jogging atau berlari belum boleh sangat lagi. Terkejut semua urat saraf I nanti. Harap-harap berkekalan. Semangat sungguh ni !! Cara mudah dan murah untuk 'kurus' :-)

Wednesday 28 November 2012

Islam KTP # 2

Semalam, I sempat tengok cerita ni masa kat rumah. 
Here are some snapshot of yesterday's story. :-)

Tebe, Si Cilik tengah tegur Madit untuk
lebihkan bacaan Zikir
Madit bengang sebab Tebe tegur
dia direct. Malu giler dia.
As usual, Abang Ali memang tukang gelak aja.
Tebe and his friend nak pergi surau.
Kawan dia tu comel :-)
Madit datang nak pujuk Jamilah balik rumah.
Jamilah  merajuk lari duduk rumah
Abang Ali.





Abang Ali's wife. Cantik sungguh dia
(Nama lupa)

Snapshot # 5

'Tempe' lover..
Benda senang..goreng sahaja..
Yang I selalu buat, masa panaskan minyak, letak garam siap-siap. Pastu masuk tempe. Kejap-kejap lagi, masuk pulak bawang putih.
Golek- golek sana...
Golek- golek sini...
Bila dah nampak garing bolehlah angkat. 

Masa dalam kuali

Setelah diangkat
'Air Soya' lover..
And I gila minum soya (sambil berangan kulit pulus mulus..heheheh). Ni drink paling senang di dunia. 

Few potong of papaya (agak-agak juga. I selalu pentamak jadi I selalu letak banyak). Pastu, 1 kotak air soya (I beli jenama Yeo's yang less sugar). Masuk semua dalam blender. Tak payah letak ice cube nanti rasa banyak air. Nak senang, sejukkan je air soya tu dulu dalam peti ais.

Ganti dengan banana pun marvelous. Mixed papaya and banana pun ohsem! Soya tu kalau change with soya perasa jagung pun..perghhh!!!

Buah tu kenalah cari buah yang contains less water like papaya, banana, mango dan yang seangkatan dengannya.
Macam ni rupanya. 

Monday 26 November 2012

We don't deserve this.

Sudah almost a month, this friend wedding took place and lets called her Kuna. Dulu, Kuna kawan dengan I sekali dengan Harvey and Jenny. We, the girls memang quite closelah jugak and Harvey lately je baru join our group. Nak dijadikan cerita, Jenny left us sebab her commitment which cannot make her still longer. But, Jenny bila dia free, she will keep in touch with me.

Now, tinggal Kuna, Harvey and I. Bila lama kelamaan I kawan dengan Kuna, I observed she sometimes accidentally (or purposely) menjadi seorang attention seeker, especially dengan Harvey or other guys. At the same time, dia pulak dengan sengaja or paksa tapi rela akan laga-laga manja I dengan Harvey. She always referred me as Harvey's girlfriend (dalam hati I memang setuju saja...hahahahah). 

Nak dijadikan cerita, something happened between three of us and Harvey pulak become closer with me and totally put Kuna aside. Kuna pulak tetiba semakin jauh dengan I (I suspect dia jealous but pretend macam tak kisah, konon). Harvey dengan I memang malas nak layan kerenah Kuna so, kami memang buat bodo je dengan dia. But, I tried sedaya upaya jadi macam dulu dengan Kuna but, I rasa she starts put a distance with me. Still tegur tapi dah tidak mesra. Few of our friend notice the changes and seperti biasa, they asked Harvey and I. Orang tanya kita cerita sahajalah but so and so je. I buat macam tu, and Harvey pun. But, dengan Jenny, I cerita habis in details. She just minta I sabar sebab she also noticed there is something wrong with Kuna pun masa kami kawan dahulu.

Well, Tuhan itu bijak mengatur segala percaturan hidup manusia. Few months later, Kuna got a chance to 'rapat' with other friend of us. During that time, she told them about the incidents but totally using her version.Then, the other friend suddenly semua turns from me. The acted strangely to me. Sebab benda ni macam pelik, so I pun jumpalah Kuna and asked her what happened. And to my surprise, rupa-rupanya she told them that Harvey and I purposely neglected her untuk benda yang dia tak bersalah and Harvey become a big influencer to my changes. Selain benda-benda ini, the other friend pulak told me that Kuna cerita to them yang Harvey tried to seduce her. Some of her stories memang menunjukkan I terhegeh-hegeh dengan Harvey dan semakin melupakan Kuna yang semakin kesepian sebab macam dah tak de kawan. Oh My God!! She is just a big devil, okay! Why she didn't tell them the real story? Bloody hell!! (Haishh...I bila dapat tahu semua ini, I memang maki kuna habis-habisan...tapi dalam hati jelah). Now, barulah I tau sapa the real bitch which memang sedia acted as a torn in our friendship. I memang notice yang Kuna is hardly a person to say sorry. Harvey always told me yang Kuna ni seorang yang kurang ajar but I pulak susah nak agree to his opinion sebab I love them all. And satu lagi, I susah nak memburukkan orang.

Bila dah jadi macam ni, jangan haraplah ada little rasa friendship and sympathy to Kuna in case kalau dia ditimpa masalah in future. I hate her so much but I always pretend I'm still her friend. Yes, I hate her sangat-sangat sampai ke level yang tak boleh digambarkan. She is too much okay. I never did any harm to her. I don't deserved this kind of treatment from her after being such a lovely friend to her last time. Dulu, I always be at her side samada susah and senang. Tapi, rupa-rupanya in return, she gave a me a totally dam shit! Kuna memang seorang yang lupa daratan and yes, I will remember her doing sampai mati. And for this, I never pray a good thing for Kuna. I cuma harap Allah memberikan balasan yang setimpal to her. Karma is exist and I believed Allah is watching and listening to my prayer.

Back to first para tadi, then, sampailah masa Kuna's wedding. She invited me (her level of ikhlas, I don't know) but, surprisingly she didn't invite Harvey and Jenny at all. Dia tak jemput Harvey  I rasa sebab dia still benci Harvey after he totally ignored her. And I pelik kenapa dia tak jemput Jenny. Padahal, Jenny tak buat salah apa pun. 

Memang I tau ini majlis dia and suka hatilah dia nak jemput siapa pun. But, apa-apa pun, Harvey and Jenny are her good friend last time and both of them adalah her saviour bila dia minta tolong. Can she think of this just a few second?

My grandpa's taught me this lovely quote. "Muka buruk memang tak boleh ubah. Yang boleh ubah hanya perangai. BIla perangai cantik, orang dah tak nampak dah muka buruk tu." Sebab ini, I selalu ensure myself to berperangai cantik sebab I tau I tak cantik. And Thank God, I still got friends yang masih boleh bezakan antara kaca dan permata. Harvey and Jenny are still with me and they're no longer put Kuna in their friend list.

To Kuna,
I hope you happy and enjoy make people suffered. Mesti you gembira kan misi you telah berjaya. As a attention seeker yang tegar, I tau apalah sangat kalau we (Harvey, Jenny and I) tak layan you. Sebab ada ramai lagi orang lain yang you boleh perdaya dengan kecantikan you. Bagi you, sebab you cantik, people will not believe kalau you buat jahat sekalipun, because you believed your beauty can covered your bad behaviour.. But, your terlupa satu benda. Kita punya Tuhan yang sama. You juga lupa yang Allah knows everything especially 'the incidents' yang buatkan Harvey and I starts ignoring you. 

Note: I tak pergi pun Kuna's wedding sebab I tak rasa nak pergi pun.





Luncheon talk

After being a while going out for lunch with guys compared to 'gegurls', I found a lot of different. I kan sekarang dah berzaman tak keluar dengan Joyah and the team and also the other lady staff kat sini. Maka kerana ini, of courselah my option left to the guys only (Sedih kan??). Selalunya my lunch date will be with Abewe or STM or both of them.

By the way, banyak benda yang I observed bila keluar dengan mereka from different type of group, sex specifically. With 'gegurls', I observed selalu tak delah cerita lain. Most of the topic adalah mengumpat sesama sendiri, I mean cerita pasal office, colleagues and their own friend. Sometimes, I kenal dengan orang yang disebut and kepala I mulalah berserabut. Pastu masalah keluarga masing-masing yang I rasa tak perlulah sentiasa nak disharekan. Memang we need someone shoulder to cry on, but I rasa kenalah selective sikit topic-topic yang nak disharekan.

With guys pula, ntah bila-bila sekali kami akan bergossip pasal office and colleagus. Most of the time yang I tau, we love to share something different from our company business activities. These guys memang suka bercerita and I pulak suka mendengar, indirectly a lot information I get from them, kan?

Padanlah masa dulu I selalu keluar dengan 'gegurl', my mind selalu runsing. Mana taknya, after the gossiping session, kepala I ni dok asyik rewind balik cerita mereka (not good, kan?). Tapi nak buat macam mana, that's how my mind works - in a wrong way actually.
But, lepas dah tak join that group, and joined plak another group (guys), my mind turns more to positive way. Kepala pun dah less serabut and I banyak fikir pasal diri sendiri. A good thing is I banyak belajar how to love myself. Dah tak sesak dengan other people problems and this made me become a new person. 

A big congrats to myself!!

Thursday 22 November 2012

Sudah sampai masa

Terima kasih atas khidmat anda.

Apakan terdaya, walaupun tapaknya masih elok, tapi rupa paras tak boleh lagi tolerate. Sedih masa I buangnya dalam tong sampah tadi.. sob! sob! sob!

Can you believe that I've been using this sandal for almost a year? I bought it at Sogo. I love this sandal sebab:
(1) main reason sebab ada my size - size adalah main priority setiap kali I nak beli kasut/sandal.
(2) Design dia dah okay for me. Not look like makcik-makcik punya type.
(3) Colour dia cun
(4) Tapak dia will not make me slippery. I was not expected tapak dia lawa giler. Bunga-bunga tau.

I pakai sandal ni bila pergi office and boleh dibilang dengan jari bila je baru pakai untuk ke kenduri / special event. Reason tak boleh pakai dia lagi especially untuk pergi office, sebab its surface yang dah tak cun. Terkopek- kopek dah kulitnya. Tapak within pelapik tu pun dah rasa macam makin nipis. Not comfortable bila jalan banyak and nanti lama-lama tumit I sakit.You imagined, as a senior officer I pakai this type of sandal. (Not kedekut to buy a new one but it is soooooo comfortable). The lower post than mine pun pakai kasut yang jauh giler bagus and mahal. 

Atas sebab kesihatan dan keselamatan dan tidak lupa juga sebab perasaan ke'malu'an itu sudah menebal, jadi I dengan berat dan sedih hati terpaksa menamatkan perkhidmatan this lovely sandal.

Jasamu akan ku kenang selalu. sob! sob! sob!





Snapshot # 4

Comel kan my mom? 

Gigih beliau mencari cute icon bila ber'whatsapp' with me.

My Lil Sis taught her last time to use Whatsapp bila duduk rumah sebab our house was provided with 24hours WiFi and save sikit duit sms (hehehehe). Since then, rajin my mom guna this application rather than sms. Yelah, dalam sms pun iconnya limited kan.


Monday 19 November 2012

Teruja

I ada baca pasal one skin product yang dengar khabarnya sangatlah berkesan untul orang yang ada skin and hair problem serta macam-macamlah. Dah lama juga (few months jugak actually) I dok baca testimonials from the consumers and sungguh membuatkan I teruja nak cuba.

Mula-mula masa dia baru keluar in the market, it was a bit pricey and seriously I memang macam tak mampu. Other commitments must put as priority at that time, but not for this thing. Walaupun masa tengah promo pun, I masih di level tak mampu beli. Pulak tu jenis tak pandai nak share dengan orang lain supaya jimat nak membayar (My mom and Lil Sis pulak not into this product lagi)

Tapi, tetiba je I rasa I termampu. Terus contact agent tu nak beli but I nak cuba sekotak je dulu. Nak jimat I patut beli more than one, tapi kalau tak serasi macam mana? Membazir je kan... Duit tu pulak bukan macam daun kat pokok..bila nak petik aja..

Tak sabar and teruja nak consume benda ni. Tak silap esok kakak tu post and kalau semuanya okay, on Wednesday I dah boleh start. I ajak my mum cuba juga. 

Nanti kalau hasilnya memberangsangkan, I'll share kat sini. 

Kalau I diam je tak ada cerita apa-apa...maknanya KO lah ye.. Heheheheh... 
(time tu.. Oh My Money... Uwaaaa!!!)

Helping Nick

As usual, bila I online YM, then nampak pula Nick juga online, mulalah I start tegur him. Niat tu mula-mula hanya ingin berbasa-basi saja dengan dia and selalu I akan gigih-segigihnya memikirkan topik to chat sebab nak chat yang ada intipati and benefit to both of us.

Well, main reason yang caused me tak berapa nak borak with him adalah sebab his topic or intention yang selalu akan melepasi batasan. I pulak jenis selalu tak sampai hati, mengenangkan dia ini adalah kawan baik I juga, jadi I always become a sweet talker and melayan saja beliau. (Bodoh betul kau ni!!)

As usual, Nick will dragged me into his 'problem'. His 'problem' tu, honestly speaking, I memang dah takde idea to help him. He should meet the experts and get a consultation from them. I hanya boleh consult him based on my readings je but itu pun not much actually I boleh tolong dia. 

I promised him that he can always talk to me pada bila-bila masa he needs help kerana I'm now contactable for him (Gila engkau, kemain make a promise to people!!). You know what, the last thing I offered him was...  I can teman him to jumpa the experts in order to solve his problem (Give me facepalm!!)  I tau time jumpa tu he needs someone to be at his side and I'm now 'wai yem ly' volunteer for that (tapi dalam hati takut juga actually).

But, for a good friend's sake, I'll try my best to help him setakat yang I mampu. And lagi satu, I harap, his 'problem' akan cepat-cepat selesai. Tak payah lagi memenuhkan air dalam kepala I lagi. I pun pening!!

Snapshot # 3

I captured this article from Berita Harian end of October 2012 and I'm so proud of him. 
Anything is possible, lebih-lebih lagi demi agama.  
And I admitted my weaknesses :-(

Details pasal ini boleh dibaca from Blogserius.

Friday 16 November 2012

A gift from Jaynarb

Jaynarb a.k.a Jenab is just coming back from outstation and she bought souvenir to all of us in the office. Time dia bagi, I was not at my desk. Bila I balik and tengok ada something strange atas meja and nampak pulak benda tu ada tulis dari mana ia datang, for sure I can guess from sapa. Tapi, I saja menggatalkan mulut tanya Jem benda tu sapa bagi and she confirmed it is from Jenab.

As seorang yang sopan santun, I send my thank u message to Jenab (orang berbudi kita berbahasa kan). Baguslah dia tau mereply. But, after that, I packed the thing in an envelope and terus pass to another colleague. (Luckily this friend tak banyak soal masa I bagi kat dia).

Prinsip I senang sahaja. Kalau I tak suka, satu benda pasal orang tu pun I tak suka especially when dia bagi barang. This Jenab actually is too much doing bad things to me. Dahlah dulu dia suka hati buat cerita pasal I dengan one of our collegue. Benda yang I tak buat dia cakap I buat pastu boleh buat macam tak ada apa- apa yang berlaku. Si Joyah pulak mati- mati mempertahankan kisah Jenab. 'Vavidevavas' lah kan? I memang tipu bila  cakap I can forgive and forget but bila bab memfitnah ni, maaf banyak- banyak. I take it serious until you ask for my forgiveness. In this case, harammmmmm Jenab nak buat :-(
Jadi, apa yang Jenab buat masa terpahat diingatan sampai bila-bila. For me, I adalah orang yang dizalimi and hanya Allah sahaja yang membalas kesetanan mulut Jenab, specifically and Joyah, generally.

Sebab I tak nak terhutang budi and ada kaitan apa-apa dengan Jenab, lebih baik I bagi barang tu kat orang. Si Cantik cakap "Patutnya kau buang je terus dalam tong sampah". Tapi, I ni jenis tak sampai hati. Better I packed it nicely and bagi kat orang lain. Kalau masuk tong sampah boleh juga, tapi problemnya kalau ada orang jumpa masa kemas- kemas, matilah I kecoh satu office nanti. You all pun tau sejak dua menjak ni office I macam merata- rata ada wabak Maddu.

Play safe.

(I serious lupa nak amik pic barang tu. Geram punya pasal!!)

Maal Hijrah 1434 wishlist

Updated from my 2012 wish lists. 

Yang ni je I rasa I nak make sure tertunai sempena Tahun Baru Hijri 1434 ini. 

1.    To be a good person to my religion - in process (never ending process)

2.    To be a good daughter to my parents - in process (never ending process)

3.    To be a good friend to my friend who need me - still macam Choc Fudge.

4.    To be a good employee to my employer - in process but now, dengan keadaan sekeliling yang gila ini, I think I banyak 'berlakon' je. Yang penting, my niat untuk kerja dan biarlah Allah sahaja yang menilai

5.    To be in love and to love by someone - masih suam-suam kuku lagi.

7.    To guide my friend to be a good person to his/her religion still macam Choc Fudge juga. But, thank God, my friend ni dah nampak lembut sikit. Kiranya butang hijau tu dah kembali berkelip-kelip. 

Insya Allah. 

Salam Maal Hijrah untuk semua. Semoga kita sentiasa berazam untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik dari sebelumnya. Amin.

Islam KTP # 1

This Indonesian series aired on TV Alhijrah, Isnin hingga Jumaat at 6 pm. Dah masuk Season 2 pun (this week kalau tak silap, from Monday to Wednesday sahaja)

Mula- mula masa tengok Season 1, macam terkejut jugalah. Knowing kalau Indonesian series, memang exaggerate semua watak dalam cerita dia. Sebagai contoh, kalau kaya, tersangatlah kaya sampai suka menghina yang tidak kaya dan kalau jahat memang sangat jahat.

Same goes to this series. Kalau yang berlakon jadi kaya itu, all the bad things memang melekat pada tuan punya watak (Madit).. like sombong, bangga diri, kedekut and suka perlekeh orang especially kalau orang tu tidak berapa berharta. Madit ni pulak ada beautiful wife named Jamilah. Tapi sebab Jamilah ni orang kampung, memang tiap-tiap hari kena tahan telinga kena perli dengan Madit ni.

But, yang I suka pasal cerita ini sebab ada satu karektor, Abang Ali yang selalu je muncul secara tiba-tiba. Fungsi watak Abang Ali ni untuk meneutralizekan situasi. Dia banyak bagi nasihat dan I admitted memang insaf bila dengar nasihat dari dia. Sometimes memang apa yang dia cakap I pun tak pernah terfikir. 



Abang Ali

Abang Ali, Kawan Mamat, Mamat


Mamat


Mamat and his best friend (tak ingat nama dia)

Madit

Jamilah (Madit's Wife)

Jami

Gina (Jami's girlfriend), Abang Ali and Jami


Tebe (bomoh cilik yang konon-konon
pandai buat ubat)


Tebe's father (kaut keuntungan bersama
rakan-rakannya hasil kerja Tebe)


Tebe's father dengan kawan-kawannya

Orang ramai yang dah tak sabar tunggu kedatanga n Tebe


Tebe guna batu tepi jalan je celup dalam air sebagai air jampi.
Dia lupa nak bawa batu 'hikmat' dia
His friend (red shirt) tukang collect duit

Mamat's expression setiap kali dia buat salah and berdoa minta ampun
pada Tuhan.Tapi memang serious dia buat

I'm not sure samada cerita ni ada kat Youtube atau tidak. Cubalah search.
Note: Actually I dah susun cantik-cantik snapshots ni, tapi berterabur pulak bila dah post.

Monday 12 November 2012

Plural entries

Single entry = one entry per day
Plural entries = banyak- banyak entry per day.


Kalau I tulis more than one entry per day, itu bermakna :-
i. idea tengah mencurah-curah sampai tak boleh nak ditadah, or
ii. tengah bosan, jadi kerjanya hanya mengupdate mana-mana drafts yang bersesuaian dan mengepost bila dah siap.


Pesanan penaja : Sila jangan bosan bila baca. Hahahahahha....

As I told you before, bila I menulis, it is a good theraphy to me. Lupa sekejap dengan masalah dalaman dan persekitaran :-)

Thanks to  Mak Piah ♡ for the opinion supaya lebih baik membebel dalam blog rather than merempan tak tentu pasal in FB. (I tak ingat post you yang mana cerita pasal ni)

Lega .....

Sunday 11 November 2012

Snapshot # 2

Nom! Nom! Nom!

My mum tetiba dapat idea to cook ayam masak asam pedas. Bila I balik makan lunch hari tu, jenuh beliau meminta I comment her cook. Well, memanglah kalau mak yang masak, sedap gila hingga menjilat jari. I also told her that there was one blog I read yang blogger tu suka masak ayam cara ni. 

When I read the blogger's blog, I'll always imagined how was the taste. Sebab tak pernah makan kan..Then, memang terbukti bahawa cara masakan ini memang lazat. Now, I realized that guna ayam is better for ayam pedas than ikan sebab tiada rasa hanyir.

Kita baru perasan

One day, I'm wearing my corporate shirt to office. I love the colour and the body cutting. Cun sungguh. Suka pakai time aircond tengah sejuk menggila sebab it keeps u warm. And suka pakai time cuaca ala-ala suam kuku sebab it can makes you cold. Lagi satu sebab that shirt can menampakkan I kurus sikit (sikit pun jadilah kan). 

Dah berangan nak have lunch with my guy friend tapi, sedih sebab he has a date with orang lain yang dia dah janji earlier. Another guy friend cuti plak hari ni. I takdelah sedih mana sebab my breakfast food masih ada balance untuk bawa ke lunch.

I sekarang preferred lunch with guys tau. Dah tak kuasa nak lunch dengan Diva and also Joyah and The Geng. Semua mulut takde insurance. Benci betul I !!!  I can accept any unpaid councellor into my life but when the person start bitching about me like macam nak mampos esok, I need to put a stop untuk baik dengan orang- orang macam ni. I will not forgive them too.. Never!!! 

Eh, tengok dululah..

By the way, back to the topic, I just noticed something. Masa nak balik, I stop sekejap kat lobby nak baca newspaper and sambil tu borak with orang yang still hang around kat situ. Then, this guy from my office keluar sekali nak balik. He is looking at me...nope..he's not looking to my face first but direct to my boobs in few seconds.Then, tak kanlah I nak buat secara tiba-tiba badan melengkung, nanti pelik pulak. (Dan dan tu terus teringat pasal one quote yang mentioned pasal memang a man will look straightly at your boobs first rather than your face. Haishh..memang betul sungguh la kan??)

Lama tu baru I perasan. Actually, this incident happened few times but I never take 'port' sangat pun and yang selalu buat pulak my lovely 2 guy friends. Adakah I punya sorang yang paling terjojol diantara yang lain?

Takpelah, they just stared to it and don't dare to touch pun.  MUAHAHHAHAHA!!!

My latest situation

I memang perlu nampak dia depan mata, kalau boleh setiap hari. Memang perlu buat masa ini. Apatah lagi dikala ini kami sedang mengira hari. Hari yang mungkin amat sedih for me dan separa sedih to him if he managed to get a new place later.

I think I kena ada some permanent connnection with him supaya benda ini akan berkekalan. Maksud I, I'll not over depressed if something happpen between us. I don't want to get thru the old feelings when BB left me last time (changed working place je pun!!) Tapi... Uikss..sedih giler I time tu dibuatnya..macam mati laki lagaknya kerana memang kerja I asyik menangis dan menangis. Mana taknya, jalan pegi keja and balik kerja  adalah tempat BB and I selalu hang out together. Mata masih terpandang-pandang kelibat BB atau keretanya.. mereng sekejaplah..That feeling was hurting me so bad :-(

And this time, I memang tengah prepared my mental supaya lebih kuat and stabil bila the counting days is over.

Please pray for me.

Sometimes I rasa, adakah I ni betul-betul bonded and connected to him? Sebab, ada one day, he betul-betul sedih sebab Pak Bogus make unexpected decision for him. He told me about this in the morning and from that moment, I asyik dok fikir and fikir and fikir pasal tu sampai I tetiba got high fever pulak waktu malamnya. The next day baru okay. Crazy kan?

Macam mana nak buang this? Or is it happen because I'm worried too much about him? All this while pun, all the crazy things happened to me mostly because of him. Tak minta (doa) pun, but indirectly mesti kena kat I balik. I merana and ntah-ntah beliau bersuka ria macam biasa.

Susah macam ni. Tunggang langgang sikit hidup I. If lah I betul-betul 'official ada apa-apa' dengan dia, my life will be easy. I won't face any hard time. Boleh tak, I nak doa supaya I ada apa-apa dengan dia? It is just for the stability of my mental emotion later on :-(

Ya, Allah. I need your guidance.

Saturday 10 November 2012

Kaca je rupanya

One fine day, I berkonfrontasi dengan Diva. Ini adalah kerana isu lama yang telah menjadi nanah dan racun dan I memang tau Diva yang bodoh ini yang memulakannya. I cuma gatal mulut, hati dan jiwa raga untuk know the truth from her. Who is the real bitch among the bitches?

Diva di office ini pada mulanya umpama berlian yang paling berkilau diantara berlian- berlian yang lain. Tapi lama kelamaan, kilauannya makin pudar dan I rasa status berlian itu patut ditukar menjadi kaca saja layaknya.

Pada awalnya, STM juga berkenan dgn kilauan Diva tetapi apakan daya, Tuhan itu Maha Adil dan Saksama. Seterror mana kita sembunyikan bad aura itu, pasti ada incident yang akan menyerlahkan segalanya tanpa perlu dipaksa. But, only the choosen one sahaja yang bisa mengenal pasti bad aura itu.. Masih ada yang sengal dan tidak pandai menilai Diva ni.

Semasa proses  berkonfrontasi, I agak terkejut juga bila Diva mengeluarkan kenyataan begini:
Diva : U ada tambah apa-apa ke yg buatkan STM x suka I?
Me : (dalam hati WTF la..) Ntah, tak ada rasanya. U pun taulah kan perangai dia macam mana kalau dah start sentap. Susah!
Diva : (diam sambil buat muka innocent dia).
Me : (dalam hati, aku tak perlu susah payah nak letak perasa. You spoilt yourself depan dia with your bad behaviour. Tak ingat ke??)


Macam c*l**a kan dia cakap macam tu dengan I? Sebenarnya, I nak lempang dia pun ada bila Diva tanya macam tu. Engkau dah hina and talk bad about people especially STM sampai ke tahap no respect at all and u assume people can easily love you like before?
It is true when some people cakap Diva ini harap cantik je (my Mum cakap, dia je perasan cantik sebenarnya) but perangai tidak ikut kecantikannya.

And one of my guy friend, Putih juga cakap benda yang sama. Sepanjang I kenal Putih, dia memang hardly talk about other people but when he himself start talking about it, it seems something serious, right??

Common Interests

Last 2 days, I pi lunch dengan STM  Agak terkejut juga bila STM yang pelawa. Sebab dia ni unpredictable, I cepat je terus cakap okay walaupun time tu dah past half an hour lunch time. Suka hatilah kan sebab time tu pun Todd ada lunch appointment dengan our vendor di mana sampai hati dia ajak certain staff aja to join. Benci kan?
Lagi satu sebab, I rindu nak makan berdua je  dengan dia. Hahahaha... ♡♡♡ 
Selalu I memang akan (and kena) heret Abewe sebab nak mengelakkan orang gila di office I menyekandalkan kisah kami. Tapi ntahlah, that day I rasa confident je pi lunch berdua. Oh ya, dalam nak jalan keluar from office, I memang nampak mata Kiki menjeling I dari ekor speck mata dia. And I also pretty sure dia boleh agak I keluar dengan sapa sebab few minutes lepas I keluar, STM pula mengikut. Lantaklah kau Kiki. Pasni kau nak mula bergossip dengan Lala pun, I dah tak kisah. Dah memang hobi korangkan..

Lunch tu, kami minum and makan benda yang sama. Tetiba ada common interest pulak for this. Eh, bila I free nanti I citer yang STM ni rupa-rupaya banyak tiru I for certain things :-P

I ordered Teh Ais and so do STM.
STM ordered Mee Goreng an so do I (sebab rasa mcm eh..eh..sedap je and I terus imagine rupa mee goreng kat kedai yang kami makan tu. Macam lovely je)

Unexpected kan.. same meal.

Tapi, dua- dua ekoq tak abis makan. Dia cakap sebab tak berapa sedap. I pulak sebab dah kenyang and perut macam nak sebu.  I felt so guilty when I tengok my leftover in my plate.Tapi nak buat macam mana sebab before STM ajak makan tadi, I dah makan sikit 1 1/2 slice of wholemeal bread gara-gara memenuhi tuntutan nafsu cacing dalam perut yang telah mula mengganas!!! Air je kami berdua habis.

Semalam, masa dengan BB pun I ordered Teh Ais. Hari ni pun order air sama masa family dinner. I rasa comfortable je bila I minum air ni. I admitted yang setiap kali minum air ni,  for sure I akan ingat STM (favourite drink dia), but I just can't let it go on the spot. Slow slow kot.. Hemmm..